Friday, January 17, 2014

Laporan

                     LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN KELAB/PERSATUAN 2014                

  Pada hari Sabtu, 18 Januari 2014, SMK Tuanku Lailatul Shahreen telah menganjurkan krusus kepimpinan kelab dan persatuan. Pada pukul 8.00 pagi, semua pelajar yang terlibat dalam kursus tersebut telah berturut-turut tiba di dewan sekolah untuk berkumpul dan mendaftar nama mereka.

  Setelah semua pelajar tersebut berkumpul, majlis dimulakan dengan ucapan yang diberikan oleh pengetua SMKTLS, iaitu Puan Hayazi binti Abdullah. Beliau telah memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalm kursus tersebut agar sentiasa menonjolkan imej yang baik supaya dapat menjadi panduan kepada pelajar-pelajar lain.

  Seterusnya, Puan Rosnani binti Talib, iaitu guru PK Kokurikulum telah menguruskan kelab dan persatuan dan beliau mengatakan bahawa pelajar yang mempunyai jawatan dalam kelab dan persatuan hendaklah bertanggungjawab dan apa-apa tanggungjawab yang hendak dipikul oleh pelajar yang memegang jawatan tamsilannya pengerusi, setiausaha , bendahari dan lain-lain lagi.

  Majlis dilangsung lagi dengan pelajar-pelajar membuat blog untuk pelbagai kelab.